Bagi pendawaian soket alir keluar yang baru kabel soket hendaklah ditarik dari punca utama, iaitu dari unit pengguna seperti rajah berikut;
E-adalah kod warna bagi kabel hijau, ianya berfungsi untuk sistem pembumian
N-adalah kod warna bagi kabel neutral, ianya berfungsi sebagai pelengkap arus elektrik semasa beban dalam keadaan tersambung dengan pengalir fasa (seperti lampu di ON kan, lampu akan menyala)
L- adalah untuk kod warna bagi kabel fasa atau pengalir hidup, ianya berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik seterusnya melengkapkan litar bagi beban yang tersambung.