Sunday, June 27, 2010

ASAS ELEKTRIK

Sedikit sebanyak saya pasti anda sudah faham apakah fungsi alat-alat yang ditunjukan pada blog yang lepas. Ok sekarang saya akan ajarkan bagaimana untuk memulihkan bekalan elektrik di rumah anda jika berlaku terputus bekalan elektrik (black out).

Langkah Pertama
Jika berlaku kes seperti ini, pertama perhatikan (Pemutus Litar Bocor ke Bumi) sama ada dalam keadaan terpelantik (trip) atau tidak.


jika ianya terpelantik kebawah, ini bermakna peralatan atau perkakasan anda ada masalah ler...
JANGAN sesekali menolak tombol kembali ke asal.......kalo rasa nk benda tu tahan lama la......jadi ikut langkah seterusnya..

Langkah Kedua

'OFF'kan semua suis-suis yang dah terpasang, suis kipas ke, suis lampu ke, kemudian 'OFF'kan semua soket 13Amp, tanggalkan peralatan yang sedang tersambung...ok, seperti cerek elektrik ker, pemanas air ke...jika sudah ikuti langkah seterusnya..

Langkah Ketiga

Turunkan semua suis pemutus litar kecik (MCB). kemudian Naikkan suis Pelantik Litar Bocor ke Bumi (RCCB).Setelah selesai naikkan pula suis pelantik pemutus litar kecil (MCB) satu persatu sehingga selesai.Perhatikan samada pemutus Litar (RCCB) terpelantik atau tidak..jika tiada masalah ikuti langkah terakhir

Langkah Keempat

semua dah clear..'ON'kan soket 13Amp satu persatu (hanya yang sedang digunakan sahaja) dan seterusnya suis yang hendak digunakan. Jika berlaku Trip (blackout) semasa memasang peralatan seperti cerek elektrik atau kipas angin...bermakna PERALATAN anda rosak dan perlu dibaiki...untuk 'on'kan semula ikuti langkah diatas semula.

Simplekan x perlu pasang lilin jika kejadian berlaku pada malam hari tunggu wireman...just do it your self.