Friday, September 24, 2010

PENDAWAIAN LITAR SOKET

Salam sejahtera, berikut adalah cara pemasangan soket alir keluar 13Amp. tujuan pemasangan ini ditunjukkan adalah untuk tujuan pemahaman pada pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan elektrik serta untuk pemahaman umum, cara pemasangan pendawaian yang betul dan selamat mengikut kehendak Malaysia Standard (MS).

Bagi pendawaian soket alir keluar yang baru kabel soket hendaklah ditarik dari punca utama, iaitu dari unit pengguna seperti rajah berikut;



berikut pengelasan kod warna bagi penentuan pemasangan kabel


E-adalah kod warna bagi kabel hijau, ianya berfungsi untuk sistem pembumian
N-adalah kod warna bagi kabel neutral, ianya berfungsi sebagai pelengkap arus elektrik semasa beban dalam keadaan tersambung dengan pengalir fasa (seperti lampu di ON kan, lampu akan menyala)
L- adalah untuk kod warna bagi kabel fasa atau pengalir hidup, ianya berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik seterusnya melengkapkan litar bagi beban yang tersambung.


No comments:

Post a Comment