Friday, September 24, 2010

PENDAWAIAN LITAR SOKET

Salam sejahtera, berikut adalah cara pemasangan soket alir keluar 13Amp. tujuan pemasangan ini ditunjukkan adalah untuk tujuan pemahaman pada pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan elektrik serta untuk pemahaman umum, cara pemasangan pendawaian yang betul dan selamat mengikut kehendak Malaysia Standard (MS).

Bagi pendawaian soket alir keluar yang baru kabel soket hendaklah ditarik dari punca utama, iaitu dari unit pengguna seperti rajah berikut;



berikut pengelasan kod warna bagi penentuan pemasangan kabel


E-adalah kod warna bagi kabel hijau, ianya berfungsi untuk sistem pembumian
N-adalah kod warna bagi kabel neutral, ianya berfungsi sebagai pelengkap arus elektrik semasa beban dalam keadaan tersambung dengan pengalir fasa (seperti lampu di ON kan, lampu akan menyala)
L- adalah untuk kod warna bagi kabel fasa atau pengalir hidup, ianya berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik seterusnya melengkapkan litar bagi beban yang tersambung.


Sunday, June 27, 2010

ASAS ELEKTRIK

Sedikit sebanyak saya pasti anda sudah faham apakah fungsi alat-alat yang ditunjukan pada blog yang lepas. Ok sekarang saya akan ajarkan bagaimana untuk memulihkan bekalan elektrik di rumah anda jika berlaku terputus bekalan elektrik (black out).

Langkah Pertama
Jika berlaku kes seperti ini, pertama perhatikan (Pemutus Litar Bocor ke Bumi) sama ada dalam keadaan terpelantik (trip) atau tidak.


jika ianya terpelantik kebawah, ini bermakna peralatan atau perkakasan anda ada masalah ler...
JANGAN sesekali menolak tombol kembali ke asal.......kalo rasa nk benda tu tahan lama la......jadi ikut langkah seterusnya..

Langkah Kedua

'OFF'kan semua suis-suis yang dah terpasang, suis kipas ke, suis lampu ke, kemudian 'OFF'kan semua soket 13Amp, tanggalkan peralatan yang sedang tersambung...ok, seperti cerek elektrik ker, pemanas air ke...jika sudah ikuti langkah seterusnya..

Langkah Ketiga

Turunkan semua suis pemutus litar kecik (MCB). kemudian Naikkan suis Pelantik Litar Bocor ke Bumi (RCCB).Setelah selesai naikkan pula suis pelantik pemutus litar kecil (MCB) satu persatu sehingga selesai.Perhatikan samada pemutus Litar (RCCB) terpelantik atau tidak..jika tiada masalah ikuti langkah terakhir

Langkah Keempat

semua dah clear..'ON'kan soket 13Amp satu persatu (hanya yang sedang digunakan sahaja) dan seterusnya suis yang hendak digunakan. Jika berlaku Trip (blackout) semasa memasang peralatan seperti cerek elektrik atau kipas angin...bermakna PERALATAN anda rosak dan perlu dibaiki...untuk 'on'kan semula ikuti langkah diatas semula.

Simplekan x perlu pasang lilin jika kejadian berlaku pada malam hari tunggu wireman...just do it your self.

Friday, June 25, 2010

ASAS ELEKTRIK

Alamak, kenapa rumah ni tiba-tiba terpadam pulak?? Tgk rumah sebelah ok jer...
pernahkah anda mengalami situasi sebegini? bagi kepada sesiapa yang pernah mengalami atau belum pernah boleh bejalar tentang keselamatan elektrik di blog saya ini,

untuk permulaannya anda perlu mengetahui secara am belakan elektrik di dalam rumah seperti;

1. Suis Utama
2. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (RCCB)
3. Pemutus Litar kecil (MCB)

contoh sebuah kotak unit pengguna




SUIS UTAMA

Ianya digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik dari bekalan TNB ke unit pengguna (bekalan ke rumah).


Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (RCCB)

Ianya berfungsi sebagai menyambung dan memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus ke bumi..saintifik sangat ayat nanti orang kampung x paham......(maksudnya kalau pegang cerek elektrik tu akan ada aliran elektrik dekat body cerek tu jika pemutus litar ini tidak berfungsi)


Pemutus Litar Kecil (MCB)

Ianya berfungsi sebagai menyambung dan memutuskan litar jika berlaku litar pintas pengalir fasa (live) dengan pengalir neutral ( check kt test pen x menyala).

Asas Ketukangan


salam sejahtera kepada yang sedang melawati blog ini atau yang telah melawati. mungkin setiap kita ada mempunyai perkakasan dirumah bukan, tidak kira lah apapun...yang penting pernahkah anda mengetahuinya atau sekadar pengguna tegar...hehhe macam ahli politik la pulak...ok kalau kepala paip rosak pernahkan anda membaiki sendiri atau mengupah plumber....seperti ini...